Aplikasi untuk keluarga Muslim di Malaysia
SIFAT SAHABAT NETWORK ialah syarikat berdaftar di Kota Bharu, Kelantan. Kami membina dan menerbitkan aplikasi Android, Android TV dan web. Produk utama kami ialah SahabatXpert TV: azan ikut waktu solat dan kawalan masa skrin anak di TV keluarga.
- Nama syarikat
- SIFAT SAHABAT NETWORK
- No. Pendaftaran SSM
- 202103366989 (MA0279343-X)
- Alamat
- Tingkat 2, PT 1500, Jalan Kuala Krai, 16010 Kota Bharu, Kelantan, Malaysia
SahabatXpert TV
Senarai harga · 16 November 2026
| Butiran | RM | sen |
|---|---|---|
| Percumaselamanya | 0 | 00 |
| Keluarga Tahunansetahun | 79 | 00 |
| Keluarga Seumur Hidupsekali bayar | 199 | 00 |
| Keluarga Bulanansebulan | 9 | 90 |
| Pasang Penuh (pilihan)sekali sesi | 59 | 00 |
Semua pelan Keluarga: sampai 3 TV, 6 anak setiap TV. Harga awal Seumur Hidup RM129 untuk 300 keluarga pertama selagi kuota ada.
Produk dan perkhidmatan
SahabatXpert TV
App Android TV dan Google TV
Azan ikut waktu solat zon anda, kuiz pendek sebelum anak buka app hiburan, had masa skrin setiap anak dan kawalan dari telefon papa atau mama.
Percuma untuk azan dan waktu solat. Pelan Keluarga RM79 setahun atau RM199 seumur hidup.
SahabatXpert TV Ibu Bapa
App telefon Android, di Google Play
Alat kawalan TV keluarga di telefon: hidupkan TV, hantar mesej ke skrin, luluskan permintaan anak dan lihat laporan mingguan.
Percuma dimuat turun.
Kuiz Anak
App telefon Android, di Google Play
Anak jawab tiga soalan kuiz dahulu sebelum app yang papa atau mama pilih terbuka. Tanpa akaun.
Percuma.
Pembangunan aplikasi
Perkhidmatan untuk perniagaan
Kami membina aplikasi Android, Android TV dan web untuk perniagaan dan organisasi.
Harga mengikut sebut harga bertulis sebelum kerja bermula.
Cara melanggan SahabatXpert TV
- Pasang app di TV. Ikut panduan di tv.sahabatxpert.my/pasang. Pemasangan percuma, dan semua ciri Keluarga dibuka percuma untuk 14 hari pertama.
- Sambung telefon papa atau mama. Imbas kod QR yang dipaparkan di TV, kemudian tetapkan PIN keluarga.
- Pilih pelan dan bayar. Pilih pelan di tv.sahabatxpert.my/harga. Bayaran dibuat melalui CHIP (FPX atau DuitNow QR); kami tidak menyimpan butiran kad atau akaun bank anda.
- Pelan aktif di TV. Ciri Keluarga aktif sebaik bayaran disahkan, biasanya dalam beberapa saat. Resit dihantar ke e-mel anda.
Butiran bayaran, pemulangan dan pembatalan: Dasar Bayaran Balik, Dasar Penghantaran dan Dasar Pembatalan Langganan.