Dasar Pembatalan Langganan
Anda boleh berhenti bila-bila masa. Cara pembatalan bergantung pada jenis pelan.
1. Pelan Bulanan
- Batalkan bila-bila masa dalam app telefon: Langganan → Batal langganan bulanan.
- Auto-caj berhenti serta-merta, kad anda tidak dicaj lagi, dan kad yang disimpan dibuang di CHIP.
- Ciri Keluarga kekal aktif sehingga hujung bulan yang sudah dibayar. Tiada bayaran balik bagi baki bulan itu.
- Jika anda dicaj selepas membatalkan, bayaran itu dipulangkan sepenuhnya. Lihat Dasar Bayaran Balik.
Pelan Bulanan belum dibuka untuk pembelian. Peraturan ini terpakai apabila ia dibuka.
2. Pelan Tahunan dan Seumur Hidup
Kedua-duanya dibayar sekali tanpa auto-caj, jadi tiada apa yang perlu dibatalkan. Pelan Tahunan tamat sendiri selepas setahun kecuali anda membelinya lagi. Bayaran untuk tempoh yang belum digunakan tidak dipulangkan.
3. Caj bulanan yang gagal
Jika caj bulanan gagal, kami cuba lagi pada hari-hari berikutnya. Jika masih gagal, auto-caj berhenti dan pelan Keluarga tamat selepas tempoh tangguh 7 hari.
4. Selepas pelan tamat
TV terus berjalan seperti biasa dengan ciri percuma: azan, waktu solat, Bersihkan TV dan kuiz asas di TV. Untuk membuang data di pelayan, gunakanBuang TV atau Padam akaun di telefon. Memadam akaun menamatkan pelan yang masih aktif tanpa bayaran balik.
5. Bantuan
Jika anda tidak dapat membatalkan dalam app, e-mel sokongan@sahabatxpert.my atau sifatsahabatnetwork@gmail.com, atau WhatsApp +60 17-994 9054. Kami memproses permintaan pembatalan dalam masa 2 hari bekerja, dan tiada caj baharu dibuat selepas tarikh permintaan anda.