Sifat Sahabat NetworkNo. Pendaftaran 202103366989 (MA0279343-X)

Produk & Harga

Semua produk di bawah diterbitkan oleh SIFAT SAHABAT NETWORK. Harga dalam Ringgit Malaysia (RM), seperti yang dipaparkan di laman produk pada 16 November 2026.

SahabatXpert TV

App untuk Android TV, Google TV dan projektor Android yang ada Play Store

SahabatXpert TV menjadikan TV keluarga lebih terkawal untuk anak-anak. Azan berbunyi ikut waktu solat zon JAKIM anda. Sebelum anak membuka app hiburan, kuiz pendek keluar dahulu. Papa atau mama menetapkan had masa skrin setiap anak dan waktu tidur, serta mengawal TV dari telefon.

Apa yang percuma

Azan, waktu solat, Bersihkan TV dan kuiz asas di TV (Doa, Jawi, English, Matematik; perlu PIN keluarga). Percuma selamanya.

Apa yang ada dalam pelan Keluarga

Kawalan dari telefon, mesej ke skrin TV, kelulusan permintaan anak, had masa skrin, waktu tidur, laporan mingguan dan subjek kuiz tambahan (Bahasa Melayu, Sains, Sirah, Adab). Satu pelan meliputi sampai 3 TV dan 6 anak setiap TV. Semua ciri Keluarga dibuka percuma untuk 14 hari pertama.

Cara bayar

Pembelian dibuat di tv.sahabatxpert.my/harga dan diproses oleh CHIP. Pelan Tahunan dan Seumur Hidup dibayar sekali melalui FPX atau DuitNow QR, tanpa auto-caj. Pelan Bulanan menggunakan kad debit atau kredit dan belum dibuka untuk pembelian.

Panduan pasangHarga terkini

Harga SahabatXpert TV

16 November 2026

Harga SahabatXpert TV: harga dalam Ringgit Malaysia
ButiranRMsen
PercumaselamanyaAzan ikut waktu solat zon anda, paparan waktu solat, Bersihkan TV dan kuiz asas di TV (Doa, Jawi, English, Matematik; perlu PIN keluarga).000
Keluarga TahunansetahunSemua ciri Keluarga selama setahun. Satu bayaran melalui FPX atau DuitNow QR, tiada auto-caj.7900
Keluarga Seumur Hidupsekali bayarSatu bayaran untuk satu keluarga, semua ciri Keluarga sekarang dan akan datang selagi perkhidmatan beroperasi. Harga awal RM129 untuk 300 keluarga pertama selagi kuota ada. FPX atau DuitNow QR.19900
Keluarga BulanansebulanAuto-caj setiap bulan dengan kad debit atau kredit, boleh dibatalkan bila-bila masa. Belum dibuka untuk pembelian.990
Pasang Penuh (pilihan)sekali sesiSesi bantuan jarak jauh yang anda buka sendiri di TV, untuk membersihkan app yang tidak digunakan. Bayaran sekali.5900

Sumber: tv.sahabatxpert.my/harga dan /pasang. Jika berbeza, harga di halaman pembayaran yang terpakai.

SahabatXpert TV Ibu Bapa

App telefon Android di Google Play · iPhone melalui Safari (tambah ke skrin utama)

Alat kawalan untuk TV yang memasang SahabatXpert TV. Dari telefon, papa atau mama boleh menghidupkan atau menidurkan TV, menukar ke HDMI, membuka app, menghantar mesej ke skrin, meluluskan permintaan anak dan melihat laporan mingguan.

Harga: percuma dimuat turun. Ciri Keluarga mengikut pelan SahabatXpert TV di atas.

Lihat di Google Play

Kuiz Anak

App telefon Android di Google Play

Bila anak mahu membuka app yang papa atau mama pilih (contohnya YouTube, TikTok atau permainan), tiga soalan kuiz pendek keluar dahulu. Jawab betul, app itu terbuka untuk seketika. Soalan ikut umur anak: Doa, Jawi, Bahasa Inggeris dan Matematik. Tiada akaun diperlukan.

Harga: percuma, tiada bayaran dalam app.

Lihat di Google Play

Pembangunan aplikasi

Perkhidmatan untuk perniagaan dan organisasi

Kami membina aplikasi Android, Android TV dan web. Skop, tempoh dan harga ditetapkan dalam sebut harga bertulis yang dipersetujui sebelum kerja bermula.

WhatsApp +60 17-994 9054 atau e-mel sifatsahabatnetwork@gmail.com.