Sifat Sahabat NetworkNo. Pendaftaran 202103366989 (MA0279343-X)

Dasar Penghantaran

SIFAT SAHABAT NETWORK · No. Pendaftaran 202103366989 (MA0279343-X) · Dikemas kini 16 November 2026

Semua produk kami ialah produk digital. Tiada barang fizikal dihantar, dan tiada caj penghantaran.

1. Pelan Keluarga SahabatXpert TV

  • Pelan diaktifkan secara automatik pada TV yang disambung ke akaun anda sebaik bayaran disahkan, biasanya dalam beberapa saat.
  • Resit dihantar ke alamat e-mel yang anda berikan semasa membayar.
  • TV perlu disambung ke internet untuk menerima pengaktifan.
  • Jika pelan belum aktif dalam masa 24 jam selepas bayaran, e-mel sokongan@sahabatxpert.my atau WhatsApp +60 17-994 9054 bersama resit anda. Jika kami tidak dapat mengaktifkannya, bayaran dipulangkan sepenuhnya mengikut Dasar Bayaran Balik.

2. Pemasangan app

  • SahabatXpert TV dipasang sendiri oleh keluarga di TV, mengikut panduan di tv.sahabatxpert.my/pasang. Pemasangan percuma.
  • SahabatXpert TV Ibu Bapa dan Kuiz Anak dimuat turun dari Google Play.

3. Pasang Penuh (RM59)

Pasang Penuh ialah sesi bantuan jarak jauh. Selepas bayaran, kami menghubungi anda dalam masa 2 hari bekerja untuk menetapkan masa sesi. Sesi dijalankan hanya apabila anda sendiri membuka akses di TV, dan anda boleh menutupnya bila-bila masa.

4. Kawasan perkhidmatan

Produk kami ditawarkan untuk pengguna di Malaysia.

5. Pembangunan aplikasi

Bagi projek pelanggan perniagaan, hasil kerja dan tarikh serahan mengikut sebut harga bertulis yang dipersetujui.